Aneh? – Pelangi bulat
Gempar tadi di sekolah kerana kejadian macam dalam gambar tu. Biasanya, pelangi selepas hujan akan membentuk lengkuk sahaja tetapi pelangi ni kelihatan agak aneh kerana kelihatan bulat mengelilingi matahari. Selain tu, bayang-bayang pun bulat mengelilingi objek, bukan tegak di sebelah objek! Tapi, mama tak dapatlah nak mengambil foto bayang-bayang pokok kerana nak snap gambar pelangi ni pun dah riuh satu sekolah. Masing-masing ‘suka’ melihat gurunya beriya2 nak snap gambar macam jurufoto pulak. 
Mula-mula, mama tak sedar pun kejadian ni. Mama pun sedar apabila budak kelas mama sibuk kata ‘ada pelangi’. Mama yang tengah sibuk membincangkan trial exam SPM Pahang ni pun dengan konfidennya marah budak tu ‘awak dah umur 17 tahun pun jakun dengan pelangi, tak pernah tengok pelangi ke, kesian awak ye’. Mama memang marah kerana mama beriya2 membincangkan jawapan trial exam Pahang yang mama download dari internet, perhabiskan banyak masa nak download soalan untuk dia orang, habiskan dakwat printer nak print soalan dan habiskan tenaga nak membinding koleksi trial spm 2012 dari negeri-negeri lain, tiba2 murid sibuk kata ‘ada pelangi cikgu’. Maka darah mama pun menyirap naik. Dapatkan koleksi Trial Exam SPM di entri Hot .. Soalan Percubaan SPM.
“Lain la cikgu pelangi ni… bulat”… “bulat?”… Memang sah bulat, jadi mama pun secara spontan menjadi jurufoto lalu turun ke tingkat bawah, ke kawasan padang yang lapang untuk snap gambar pelangi bulat ni. Selepas tu, ramai la cikgu yg minta mama tag kat FB.
Ramai juga yang bertanya dengan ustazah tentang kejadian tu.
Jawapan ustazah : “Gerhana matahari ni membawa dua alamat, satu baik dan satu buruk. Minta2 baiklah, takut kiamat je!”.. seram sejuk mama,.. apa taknya, kalau kiamat?? Ustazah tu menyarankan agar selepas solat zohor adakan solat sunat gerhana 2 rakaat. 
gambar lain – pelangi bulat mengelilingi matahari
ambil dari tingkat atas – terselindung di sebalik atap
Apa pendapat rakan blogger yang lain? Tentu masing2 ada melihat fenomena yang sama tenghah hari tadi. Tolonglah kongsikan pengalaman ye….
Published with Blogger-droid v2.0.8