Syoknya bola
Hari ni genap 7 hari 7 malam mama puasa daripada berbw. Fuuuiiih, rasa tertekan dan tensyen yang amat sangat, tapi demi menanda kertas exam yang berlambak2 tu, mama kuatkan semangat juga. Almaklum, mama dapat menanda pun time anak2 dah tidur, yang pasti pukul 11 malam ke atas, jadi berapa lama la sangat mata mama dapat bertahan? Pukul 1 dah mula menguap dan adik Dahiyah mula merengek, jadi mama sambung esok… dan esok dan hari ni,.. Khamis, tepat pukul 12.34 pagi mama akhirnya berjaya. Nak ucapkan tahniah pada diri sendiri la….
Dua hari lagi Euro 2012 nak bermula..
jadual di atas tu kena pakai kanta kalau nak baca. Bolehlah lawat di sini dan banyak blog lain kalau nak dapatkan jadual lebih jelas.  Yang pasti, mama tak akan ketinggalan nak tonton game Itali vs Spain pada 10 Jun nanti. Walaupun mama bukanlah fanatik sangat dengan bola, tapi mama tak akan mengaku kalah dengan budak2 form 4C, yang pasti mama mesti tahu keputusannya dan bagaimana game serta siapa yang score. Cikgu kena ‘masuk’ dalam dunia budak2 terutama budak lelaki supaya mereka minat nak belajar dengan cikgu tu, betulke? Mama tengah bereksperimen nieh… Jom tonton bola?
Published with Blogger-droid v2.0.4