Cantiknya mereka, malah kalau disuruh teka mama tak tahu yang mana satu Emma yang mana satu Cha Cha.. Pendek kata kedua-duanya mempunyai paras rupa yang cantikkkkk…
Mama bukan kenal sangat dengan dia orang ni, cuma baca sikit-sikit di FB
Cuma yang mama nak persoalkan, kenapa le muka cantik, anak pelukis terkenal, keluarga mampu, tetapi tak mahu meneruskan pelajaran, malah berbangga dengan status belajar setakat tingkatan 2! Bukan mama nak kata pelajaran tinggi prasyarat kejayaan dalam hidup, tapi ilmu kan wajib dituntut, malah ilmu akan mematang dan mendewasakan seseorang, terutama dalam dunia seni, takut-takut mereka ‘kurang bijak’ melayari bahtera seni dan akhirnya ‘hanyut’ dek kurangnya ilmu.
Macam tu juga le anak2 murid mama, bila ditanya kenapa tak mahu belajar, dijawabnya cita-citanya untuk menjadi chef, tak perlu susah payah perah otak belajar add math cikgu… Ada juga yang menjawab, ayah saya ada bisnes cikgu, bisnes tu bakal milik saya.. buat apa belajar susah-susah.


Tapi, kalau lah mereka tahu, jika mereka menjadi chef yang berilmu, menjadi bisnesman yang bijaksana, darjat mereka jauh lebih tinggi, malah kedangkalan jawapan mereka menyerlahkan kecetekan ilmu di dada…
Alangkah indahnya jika emma dan cha cha maembong yang pastinya menjadi idola ramai anak muda memandang tinggi akan ilmu. Pasti ramai remaja yang kata, nak belajar lagi la sebab emma yang cantik tu ada ijazah! Semoga mentaliti artis terhadap ilmu dapat diubah kerana sedar-sedarlah ramai murid yang ‘malas-malas’ tu jadikan artis sebagai ikon mereka!

Published with Blogger-droid v2.0.10