Buang yang keruh ambil yang jernih. Hari ni dan seterusnya tak ada lagi entri double meaning, tak ada lagi nak test market atau apa2 niat lain. Boleh percaya ke azam ni? Kalau tak mulakan dengan niat, macam mana nak gerakkan tindakan kan… Mama ada terbaca tips BE Nuffnang daripada Wan Hazel, kita kena puji Nuffnang dan ucap terima kasih atas pemberian BEnya. Pada mama memang tak salahkan nak puji dan ucap terima kasih pada ‘orang’ yang memberi, macam yang selalu kita lakukan di dunia nyata. Malah mama sejak kecil2 lagi dah tekankan konsep berterima kasih pada anak2 mama, kalau dapat sesuatu mama mesti pastikan mereka kata ‘kacih mama ija..’ walaupun pelat tapi lama2 betullah kan… Sebab tu hari ni, mama nak ucap terima kasih pada Nuffnnag kerana memberi mama earning yang ‘agak’ baik. Walaupun usia blog ni dah ‘tua’.. dah 1 tahun 2 bulan,..kalau nak dibandingkan dengan blog2 lain yang sebaya dan lebih muda, earning Nuffnang blog mama terlalu sedikit. Namun mama bersyukur kerana dalam usia blog mama menjangkau setahun 2 bulan ni akhirnya berjaya juga melepasi earning minimum RM50!..
Sebenarnya belum lagi… earning mama baru RM21.32 tapi sebab mama x sabar, so mama jumlahkan dengan BE yang masih berjalan.. jumlahnya malam tadi dah melebihi RM50.. wow!!!!
 

Alhamdulillah.. tq Nuffnang