Jahitan di bawah lidah … pedihnyaa…
Sorry kakak, mama tak perasan selama ni dagu kakak….
 Hanya Tuhan yang tahu hati mama lihat kakak macam ni…
Selama ni mama ingat dagu kakak hanya berlapis.  Mama ingat dagu kakak macam dagu Siti Norhaliza, cantik… Rupa-rupanya mama tersilap, sorry ye kakak. Dari kakak kecik sampai umur kakak 5 tahun, mama biarkan je sebab mama kurang ilmu, tapi lepas ni mama takkan biarkan lagi.
Rupa-rupanya kakak mengalami sesuatu yang tak pernah mama fikirkan selama ni.  Kelenjar air liur kakak tersumbat! Sebabnya? Kata doktor kakak kurang dan hampir tidak makan makanan masam yang menggalakkan pengeluaran air liur.  Dalam fikiran mama, memang betul .. sebab kakak memang asyik makan coklat, minum pun milo jer, bila bagi limau kakak tolak, sampai air ribena yang tak berapa nak masam tu pun kakak x suka sangat. Akibatnya.. kelenjar air liur kakak tersumbat, jadi bawah dagu kakak bengkak yang selama ni mama ingat kakak ada dagu berlapis!

 Gejala kelenjar air liur tersumbat…
– Pembengkakan pada wajah atau leher ** simptom inilah yang ada pada kakak
– Sakit di wajah atau mulut
– Mulut kering

Rawatan
Tujuannya adalah untuk menghilangkan batu (yang blok pengeluaran air liur tu) Batu mungkin perlu dipotong melalui pembedahan.  Dalam kes kakak, doktor tebuk lubang di bawah lidah kakak supaya air liur mengalir…

Bayangkanlah jika ada luka sedikit pun dalam mulut, kita dah mengaduh sakit, inikan pula jika bahagian dasar mulut kakak iaitu di bawah lidah kakak ditebuk dan dijahit!..  Betapa azabnya yang dilalui oleh kakak, kesian kakak… Malah time lepas operate, doktor tengok bawah dagu kakak masih bengkak.  Khamis minggu depan doktor nak buat follow up. Mama tak sanggup kalau kakak terpaksa melalui mimpi ngeri operate lagi sekali, dan masa tu bukan lagi tebuk, malah buang salah satu kelenjar air liu!
!!. Nauzubillah,.. tapi doktor kata, masalah ni boleh diatasi jika kakak diberi makan benda masam. Kakak tolong mama ye, kita makan asam lepas ni..
Mama buat soalan bodoh pada doktor.. asam macam mana?.. Almaklum, budak2 mana digalakkan makan asam kan? … Bukan setakat buah-buahan masam, malah doktor cadangkan agar kakak makan asam kecut, asam2 yang orang tua makan dan apa2 je le yang masammmm…. 
Ok lah, kalau ada anak2 yang tak suka makan asam, galakkan juga mereka makan supaya tak berlaku masalah macam kakak Iman.  Sebenarnya banyak faedah kelenjar air liur tau.  Moga2 kelenjar air liur kakak dapat diselamatkan… Jom baca faedah kelenjar air liur di sini.