Cuti jerebu ni ada juga hikmahnya kerana mama dapat menyiapkan 80% buku program sukan tahunan sekolah mama yang bakal diadakan pada Ahad ni. Cuma tinggal touchup sikit2 dan paling utama kulit luar belum buat. Yang lain-lain kira ok la.
mama guna publisher je, sebab itu saja yang mama tahu….
Pada rakan-rakan yang tengah pening nak siapkan buku program sukan sekolah bolehlah download di sini. Tinggal edit sana sini dan siap sebuah buku program yang super hot!
Super hot la untuk yang tidak pandai macam mama, pada yang tera tu sila tutup mata dan telinga kerana takut termuntah baca ayat ‘masuk bakul angkat sendiri’ ni ya. Pada rakan-rakan yang ada sesuatu untuk dikongsi, gunakanlah 4 shared.com ya. Semoga perkongsian pintar ni dapat dimanfaatkan bersama dan membantu pada yang memerlukan.
Lepas ni nak siapkan fail induk ULBS pula
Untung juga cuti Jerebu ni kan… boleh siapkan fail dengan tenang…