KJ
 Rafizi
Moderator
Semalam pukul 10-11.30 mama tengok Debat PTPTN di Astro Awani. Abah kerja malam, so anak2 dengan mama. Mama tidurkan Dahiyah awal-awal, dengan harapan dia akan tidur masa debat berlangsung. Tapi malangnya, pukul 11 mama lihat kelibat kecil keluar dari bilik lalu jatuh atas carpet sambil meraung. Alamak, Dahiyah bangun, maka perhatian mama terhadap debat terganggu la.
Ok, cerita pasal Debat. Mama rasa bertuah dan beruntung sesiapa yang mendengar perdebatan ni kerana moderatornya tidak berat sebelah seperti debat2 lain yang mama pernah ikuti di TV3. Semua sedia maklum kerana TV3 milik siapa, so faham-fahamlah. Mama tak sangka Sinar Harian bersama Astro Awani berani dan mampu melakukan transformasi menyiarkan debat yang ‘bersih‘ serta mencabar ketua kerajaan dan ketua pembangkang berdebat pula sebelum PRU 13.
 
Mama rasa, inilah baru dikatakan kebebasan bermedia di Malaysia. Semoga jejak langkah Sinar Harian dan Astro Awani dituruti dan dicontohi oleh pihak media lain, termasuklah media alternatif.
Nak tahu pasal debat? Carilah di Youtube tentang Debat PTPTN malam tadi kerana blog mama bukan blog berbaur politik. Mama cuma suka sebab kebebasan bermedia sudah mula berputik, alhamdulillah..
Published with Blogger-droid v2.0.4