Boyfriend Dahiyah hulurkan tangan… Dahiyah malu2…

Alaa… sporting la plak, cium tangan lagi..
Tadi mama pergi ke Pasaraya NSK di Sentosa, Klang. Pasaraya baru ni ala2 Econsave la sebab barang2 mentah seperti bawang, kentang, cili, sayur-sayuran dsb dijual secara borong dan harganya pastilah murah. Kata kawan mama harganya lebih murah daripada harga Pasar Borong Meru. Sebab tu lee mama terpanggil untuk ke Pasaraya NSK ni, nak tengok betul2 murah ke.. Sampai je kat sana, mama berasa pelik sangat sebab anak mama yang berumur setahun 4 bulan dah ada ‘pak we aka boyfriend‘!!.. Dari jauh mama lihat Iman Dahiyah tersenyum2 simpul. Mama dan abah tengok dari jauh je apa yang Dahiyah akan buat. Lepas tersenyum2, Dahiyah terus mencium tangan ‘pak wenya aka boyfriend’ yang baru je dikenalinya tu!! 
Patutlah macam2 benda yang pelik2 berlaku akhir2 ni,.. dalam Metro hari ni kisah budak umur 15 tahun dibenam dalam kolah setelah dirogol. Dalam Buletin Utama malam tadi plak budak Tingkatan 3 di asrama di Setapak trauma apabila diliwat di bilik asrama.
Dua kejadian rogol dan liwat ni bukannya masalah baru di Malaysia. Setiap hari, pantang kalau kisah ni tak dipaparkan terutama di dada Metro. Walaupun kita tahu Metro sengaja mahu cari berita sensasi, namun mama tahu wartawan Metro x pernah berdoa pun agar kejadian sensasi ni berlaku setiap hari supaya Metro terus sensasi.. 
Balik semula kisah Dahiyah,.. mama takut sebenarnya sebab anak dara mama ni mudah sangat menjual senyumannya pada mana2 lelaki. Kalau ada Mamat Bangla atau Nepal menggula-gulakannya dengan air kotak, terus dia nak pergi ke Mamat Bangla tu. Semua ni peringatan pada mama dan abah agar lebih berhati2 mengawal anak2,.. Cuba bayangkan kalau mama leka, Dahiyah yang tak takut orang ni mesti akan ikut sesiapa saja yang ‘baik’ padanya,.. kalau ‘patung’ pun Dahiyah boleh tersenyum manja, apatah lagi lelaki yang bermulut manis, cair kot… Alahai anak mama, …..
Published with Blogger-droid v2.0.4