6 Tuntutan Cuepacs.. moga2 Tok Jib luluskan ler
Seperti tahun2 lalu, pengumuman bajet memang ditunggu2. Tahun ni, 28 September nanti menentukan sama ada tuntutan Cuepacs dilayan atau tidak. Tapi mama berharap sangat2 agar tuntutan tu dipandang guna dua belah mata oleh Tok Jib. Almaklum, bajet tahun ni kan ibarat gula2 manis PRU ke-13 ni, so tak salahkan kita nak merasa gula2 lebih manis 5 tahun sekali.  Nak rasa setiap tahun x dapat kan..
Tambahan 30 minit… setuju ke..

Cuepacs kata jika semua tuntutan dipenuhi, kakitangan awam sanggup untuk menambah waktu bekerja selama 30 minit. Hanya 30 minit…? Pada mama, hal ni tak termasuk guru la. Kalau bilangan kerja lebih masa guru diambil kira, mama rasa gurulah paling banyak mendapat bonus. Kerja hakiki memanglah dari pukul 7.20 sehingga 2.30 petang. Lepas tu, Isnin sampai Rabu ada kegiatan Koko dari pukul 3.00 sampai 5.00. Khamis pulak ada meeting. Jumaat je free sikit dan Sabtu kebiasaanya ada meeting atau kursus.
Belum lagi tambahan kerja-kerja lain. Tak payahlah mama nak cerita kat sini, sendiri mau tau la.. so apa la halnya dengan tambahan kerja 30 minit tu kannnnn…
nasib la jadi cigu zaman milenium ni..

Mama rasa Tok Muyidin kena tinggikan le taraf guru ni di mata masyarakat macam guru2 zaman dulu2.  Kalau dulu nak cari calon menantu, kerja apa.. cikgu. Sekarang? Tak pa ler, sebab kerja apa yg sampai bersara dan sampai mati pun, orang gelar jawatan semasa kerja? Cuma ‘cikgu’ je tau…
Terkeluar tajuk la plak.. sebenarnya mama memang berdoa agar 6 tuntutan Ceupacs ditunaikan dan mama dapatlah bonus 2 bulan gaji. Nak buat apa yer bonus ni??? 
Published with Blogger-droid v2.0.8