Sedih dengan kebangangan diri tahap gaban!

Semalam baru je mama suka hati tahap gila kerana berjaya save duit dengan membeli Mach Coway time promosi. Hampir +- 1 ribu tau! Tapi, tak sampai 24 jam selepas tu, mama tertipu oleh Agoda disebabkan kebangangan tahap gaban mama!

Sebenarnya, dah berkali-kali mama membelek-belek manja Agoda tapi belum pernah lagi mama tergoda macam petang tadi. Godaan Agoda begitu mencengkam jiwa mama, tambah-tambah rasa bosan menggila duduk di rumah time cuti sekolah ni. Buka saja wassap, semua kawan post gambar p holiday, p jjcm, p cuci-cuci mata, p mengempiskan poket dan p membuncitkan perut. Mama pulak, paling best pun setakat cuci mata di fb dan website je mengenangkan duit yang macam tak ada tu. Tapi tak taulah kenapa petang tadi mama terpedaya juga akhirnya. Tekan Agoda, pilih GCM dan jumpa apartment 3 bilik plus tax semua cuma GBP 171.14. Apartment 3 bilik di GCM cuma 171.14!

Mama pun apa lagi, buatle tempahan menggunakan kad kredit tanpa berfikir panjang, tanpa bertanya dan tanpa menoleh belakang lagi!

Selepas lihat screenshot resit daripada Agoda, mama tergamam. USD! Mama convertkan dalam matawang MYR maknannya harga apartment tu semalam ialah +-630 hengget! Macam p bercuti-cuti ke Penang je, tapi sebenarnya nun sebelah kampung! Kalau ke Penang berbaloi juga le dengan kos tol, minyak dan makan. Ini cuma bercuti di sebelah kampung, sampai rm630! Malu mama nak cerita di grup wassap kawan2 atas kebangangan tahap gaban mama.

Mesej daripada cerita mama, walau apa2 pun tindakan yang bakal kita lakukan kita perlu menggunakan otak mengatasi nafsu, jika tidak inilah jadinya. Tertipu secara licik!

posted from Bloggeroid