Siapa sokong macam tak berbaloi langgan Unifi jika kita pernah guna Streamyx 110??
Pada mama… memang tak banyak bezanya pun terutama pada pengguna internet macam mama yang setakat berblogging dan download soalan periksa jer,.. tengok Youtube jarang-jarang apatah lagi nak layan video atau online games..


kata je lajuuuuuu.. tapi tekan ni tak masuk pun…

Semalam masuk Unifi, ingatkan lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu tapi macam nak sama je dengan Astro. Sebabnya, mama tengok cuaca di luar macam gelap hari nak hujan, kalau Astro memang confirm tak dapat siaran. Mama harap Unifi tak macam tu. Tapi, cuba le tengok gambar kat atas tu.  Mama tekan Hypptv for Youtube, tak dapat masuk pun. Frust la juga sebab ingat Unifi beza dengan Astro, tapi malangnya macam sama je? Pada sesiapa yang biasa guna Unifi bolehlah respons ye.

Hypptv for Youtube je ler pengubat hati..
tapi punyalah susah nak tekan,.. cuma berguna untuk Iman yang nak cuba mengeja..
yang teruknya mama lah sebab asyik nak layan dia mengeja kartun yang dia nak tengok.. boboiboy, ultraman, upin ipin… setakat ni tu je le.. dan setiap kali nak tengok, setiap kali tu le mama kena eja.. penatnyaa…
rancangan yang Iman suka… tambah 8.00 lagi..
Tunggu punya tunggu, akhirnya exit Hypptv for Youtube masuk semula intercative tv dan tekan le smart tv ni. Terpaksa lah mama langgan RM 8.00 lagi sebab kakak Iman suka. Lepas tu cuba Youtube lagi, puas menunggu baru dapat masuk dan kakak Iman layan sampai petang Upin Ipin. 
Mama harap petang ni lepas balik sekolah tak ada masalah lagi nak masuk Hypptv for Youtube ni sebab nilah satu2nya daya penarik mama nak guna Unifi ni. Dia ni pun kata Youtube ni lah penyejuk hati dia melanggan Unifi. Almaklum, mama rasa kelajuan Streamyx 110 nak banding dengan Unifi ni x macam ada beza sangat pun. Tapi mama belum cuba lagi download mana2 cerita. Harap2 lebih laju lah…

Published with Blogger-droid v2.0.8