Mynewshub.my kata Bersih 3.0 rasinalnya gagal…
Pendapat orang ramai dalam SH
Mak cik Ambiga kata Bersih 3.0 success dalam SH
Lensa Mynewshub.com memaparkan peserta Bersih 3.0 ibarat binatang
Pening kepala mama. Sejak akhir2 ini mama sering membaca akhbar alternatif secara online saja memandangkan akhbar harian konservatif lebih condong pada pihak2 tertentu. Jadi, untuk mendapatkan berita yang terkini, dan lebih penting, yang telus dan tidak memihak mana2 pihak, mama baca akhbar online, antaranya mStar online, Mynewshub.com, dan Sinar Harian. Nak tau pasal gossip artis pulak mama p Gua.com ataupun blog Beautifulnara atau rotikaya. Namun, pada mama, akhbar2 online ni pun semakin tidak telus dan semakin condong kepada pihak tertentu.
Contohnya, lensa dan berita tentang Bersih 3.0 di Dataran Merdeka ni, kalau kita tilik2 berita di Mynewshub.com seolah2 pro kerajaan  dan berita di Sinar Harian seolah2 pro pada pembangkang. Mama berasa amat sedih dengan perkembangan ni.
Sebelum ni, mama rasa bahagia apabila membaca berita secara online, tapi sekarang nampaknya tak ada mana2 akhbar pun yang boleh dipercayai. Mama sebagai rakyat biasa, tak mahulah mendengar berita yang pro mana2 pihak. Kalau pihak a betul kita harus terima hakikat dan pihak b harus akur bahawa pihak lagi satu betul dan begitulah sebaliknya. Inilah peranan utama yang harus dimainkan oleh pemberita. Tak kiralah pemberita akhbar konservatif mahupun berita online ni. Mama harap pemberita ni berpegang teguh pada etika kewartawanan dan jamulah kami dengan berita yang benar dan telus, ok.
 Pada mama, Bersih 3.0 macam ni yang harus diwar-warkan. Jom kita buat..
Tarikh  :  Ahad, 29 April & Selasa, 1 Mei 2012
(sebab cuti)
Lokasi  :  Rumah masing-masing
Permit  :  tidak perlu
Alatan  :  Penyapu,mop, daan sewaktu dengannya
Aktiviti  :  rujuk banner Bersih 3.0
Published with Blogger-droid v2.0.4