Hari bergelap 2013 tiada kaitan langsung dengan ‘hijau’atau misi sayangi bumi ya..
Semalam kami bergelap lagi, mula pukul 9 pagi pulak kami bersauna original dengan kepanasan maksimum daripada panahan matahari di kawasan tepi pantai..
Malangnya, siapa yang sudi mengasihani kami?
Kalau di jabatan lain, mama rasa situasi macam ni tak mungkin berlaku!
Para graduan semestinya ada bilik berhawa dingin..
Tapi kami?
Dalam bilik yang bergelap, bersesak dan bersauna ni menempatkan 50 orang para graduan yang berhempas pulas pula untuk melahirkan beribu-ribu bakal graduan!
Itulah nasib kami,,
Kalau bilik sendiri berhawa dingin tu rasanya permintaan ‘gila’..
Ruang yang ada partition memisahkan antara kami.. ‘mustahil’
Bilik berkongsi 50 orang tetapi beraircond .. ‘datuk mustahil’
Bilik berkongsi 50 orang hanya berkipas yang ‘ok’ .. pun mustahil!
Yang kami ada?


Bilik tanpa kipas, tanpa api letrik., tanpa semuanya!
Kalau ada letrik pun macam ‘chipsmore’..
Kontraktor eletrik yang datang umpama ‘tikus membaiki labu!’
Kalau semalam ada elektrik chipsmore, hari ni langsung tiada!
Kesian tak kami?
Tapi, hakikatnya itulah kami.. alasan kebajikan kami ‘kurang’ dijaga kerana kami ‘ramai’ …
Atau ada ‘sebab’lain yang lebih utama?
Kalau orang ofis boleh dapat dari sekecil2 pen sampailah ke pc dan printer sendiri, tapi kami?
Logiknya, kamilah pengguna pen merah terbanyak di dunia!
Tapi, sebatang pen merah percuma pun tak pernah diberi, apatah lagi pc dan printer..
Segala2nya atas inisiatif kami untuk mengorek poket sendiri agar kerja siap…
Tapi semua alatan tu boleh berfungsi ke kalau tidak dicocok  ke plug?
Jangan sampai nanti guru terpaksa bawa ‘generator’ sendiri ke sekolah!
Nasib kami la tu…

Published with Blogger-droid v2.0.9