Siang tadi masa mama baca HM, terdetik hati mama teringat kisah hampir setahun lalu, di tempat yang sama iaitu di HTAR, Klang kisah yang hampir sama berlaku.  Mama tahu betapa risaunya hati parents baby tu, macam apa yg mama alami hampir setahun lalu.  Cuba lihat gambar ni sebagai rujukan

haa cuba tengok tang pipi sebelah kanan baby
Haa namoak tak lebam kat pipi baby ni
Alkisahnya, hampir setahun yang lalu iaitu pada 19.10.10 alhamdulillah mama selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.1 kg di HTAR secara cesearrean.  Kata doktor sebab ni pembedahan ketiga so pembedahan agak lama kerana doktor perlu menjahit lebih baik supaya luka lama tak terbuka.  Buatlah apa2 je doktor asalkan mama  dan baby selamat.  Mama diberi bius separa, so mama rasa macam mana perut mama diseluk, digodek, dipulas, macam2 rasa, macam seolah2 sukar sangat nak keluarkan baby.  Dalam hati mama, kalau x muat nak seluk tangan tu, besarkan je lee hirisan, jangan buat mama rasa ngilu semacam je.  Selepas puas merasa ngilu, akhirnya baby mama berjaya dikeluarkan.  Mula2 baby diberikan pada mama, tetapi tiba2 baby diambil semula oleh nurse.  Mama tanya, nurse kata ada masalah pernafasan…
ni la gambar iman dahiyah.. alhamdulillah x da lebam n x da apa2 kesan dalaman

Iman Dahiyah makin sihat dan cergas
Esoknya ketika di wad mama tanya kar doc, doc kata ada masalah pernafasan gak.  Mama tanya, serius ke, ada yg x kena ke.. dr kata ok je ada problem sikit je.  Hari kedua pun dialog hampir sama, hari ketiga pun hampir sama.  Mama heran, mama2 lain di’jemput’ oleh nurse untuk p menyusukan baby di wad baby tapi mama cuma diminta memerah je susu.  Mama confius betul..
Hari ke-4 baru mama kuat untuk pergi, itupun nurse kata x da nurse yang boleh temankan.  So mama tunggu abah.. abah datang, mama pergi wad baby dan apa yang mama lihat? Muka anak mama lebam, ada sampul x-ray dan scan kepala di bawah katil baby!!!!!!!! Mama marah amat sangat, kenapa doktor kata anak mama x da apa2, knapa doc kata anak mama ada masalah pernafasan? Kenapa nak sembunyi? Mama x kisah dengan layanan, mama x kisah mama dapat wad kelas 3, mama x mintak pun wad kelas 1 yang mama memang layak pun, tapi yang mama geram kenapa ada pembohongan??  Tapi atas dasar keperimanusiaan, atas nasihat adik mama yg juga doktor, mama x ambil apa2 tindakan asal sahaja baby mama selamat.  Alhamdulillah, baby Dahiyah sihat walafiat..
Kepada pasangan Ibrahim Umran & Siti Aishah Abdullah, jangan panik
Akak tau betapa sukar nak melalui saat ini, tapi insyaallah doktor akan buat yang terbaik
Tindakan buat laporan polis langkah yang baik supaya kecuaian sebegini tak berlaku lagi di HTAR