Please maa… jangan tinggal daku…
 

step 1
 
step 2
 
step 3
Meruntun hati mama bila melihat bayi tak berdosa tu ditinggal oleh ibu kandungnya. Mama masih ingat saat mama mendakap baby iman, baby aiman dan baby dayah buat pertama kali, betapa bahagia dan gembiranya mama sebab mendapat mereka. Tak kisahlah walaupun baby iman kena dok kat ICU sebab lambat menangis, dan baby dayah pun kena tahan di ICU sebab kes lebam di muka takut effect pada otak??!.. namun kasih mama membuatkan mereka sekarang ni sihat walafiat. Mama tak tahu  macam mana perasaan ibu2 yang sanggup tinggalkan baby kat mana2, malah ada kes terbaru, pura2 ‘terjumpa’ baby dan x mengaku baby tu baby dia. Mana entah sifat dan naluri keibuan tu.. Semua ni kerana terbuat, termengandung, tersilap langkah, dan kesemua ter.. tu le yang membuat baby montel tu dibuang. Namun dalam sisipan BH hari ni ada disediakan alternatif bagi ibu2 yang ter2 nie, sebab banyak lagi di dunia ni yang mahu menjadi ibu, cuma Allah belum memberikan peluang untuk mereka. Alternatif paling ideal ialah menempatkan baby ni di Baby Hatch. Walaupun alternatif ni seakan2 menggalakkan gejala seks sebelum nikah dan gejala termengandung tetapi, kesalahan ‘ibu bapa’ janganlah dibebankan kepada baby2 tu.
Baby2 yang ‘tidak’ diingini ni sebenarnya berpeluang untuk hidup. Siapa kita untuk ‘membunuh’ mereka? So, serahkan baby ni di Baby Hatch, pusat perantara baby sebelum diserahkan kepada ‘ibu bapa’ yang sanggup menerima mereka. Difahamkan bukan setakat baby luar nikah, namun baby yang tidak cukup sifat juga ada yang di’serah’kan oleh ibu bapa di sini. Namun kuasa Allah, baby yang sumbing dan kudung tangan telah diambil oleh ‘ibu bapa’ yang menagih kasih sayang anak.. dibaiki masalah sumbingnya dan hidup bahagia dengan ibu bapa baru.  Joom rakyat Malaysia, berhijrahlah minda jangan asyik ambil jalan mudah setelah ter… dengan membuang bayi anda. Insyaallah masih ada yang sayang…
 maklumat lanjut? klik di sini…. www.orphancare.org.my
Published with Blogger-droid v2.0.4