Anak Lisa…
Alahai anak Mama Lisa dalam Adam Maya datang lihat Mama Lisa kawin,.. mama rasa bukan saja ramai lelaki yang frust menonggeng, malah anak Mama Lisa pun sedey takut2 mama Lisa dah tak sayang pada Mia … Tapi jangan takut la Mia, mama Lisa tetap sayang, sayang dalam Adam Maya ler..
Ucapan khas buat Mama Lisa..
Bijak anak mama Lisa buat kad khas untuk Mama Lisa, … Mia bukan saja cute malah bijak… suka sangat dengan Mia….
Mama Lisa dan Papa Yusri..
Pasangan bagai merpati dua sejoli, sungguh cantik dan manis Lisa dan Yusry, macam pasangan pengantin dari kayangan la pulak. Mama tengok, berita tentang perkahwinan Lisa Yusry ni heboh di kebanyakan blog, tapi tentang Ana Rafali plak kurang diceritakan,.
. Betullah kata pengomen sorang ni, selebriti terkenal maka majlisnya lebih mendapat liputan. Tapi pada mama, biar majlis sederhana, asal yang wajib dilaksana sudah, yang penting kebahagiaan selepas akad nikah tu. Time tu la bermulanya alam baru yang maha mencabar, baik bagi perempuan mahupun lelaki. Bukan mudah nak menerima ‘orang baru’ dalam hidup sedangkan selama ni anak dara nak baring2 sebelah abah sendiri pun malu2, inikan pula nak menerima lelaki yang langsung tak da pertalian darah. Tapi segala2nya menjadi mudah apabila kita belajar untuk menerima dan berkongsi seadanya… kan perkahwinan tu satu perkongsian hidup? Tak percaya, cubalah kawin, apa yg korang tak kongsi…  he he heeee…
Published with Blogger-droid v2.0.4