Kelahiran ke-3 yang ditunggu-tunggu…
Kalau nak dikata mengandung normal, dah di’scan’ memang normal. Nak dikata ada masalah masa proses melahirkan, rasa2nya semua masalah dah berjaya diatasi. Namun, entah apa sebabnya, kelahiran yang dinanti2 tertunda selama hampir setengah tahun!..Kalau mengandung ni, boleh dikata mengandung gajah?!.. Tapi alhamdulillah, akhirnya kelahiran ke-3 ni selamat juga, malah rupa paras ‘baby’ baru keluar dari oven tu jauh lebih cantik dan hebat berbanding yang sulung dan kelahiran kedua. Agaknya puas dah bermacam2 doa dipohon, walaupun lambat kelahiran kali ni betul2 hebat. Semua orang membelek ‘baby’ baru keluar dari oven ni, semua memuji kehebatan dan kehebatannya. Mungkin ada yang kata “siapa ayahnya.. siapa ibunya..” Mulalah siibu dan siayah takbur, kembang kempis hidung, sedangkan selama ini, puas siibu dan siayah dihina, dikeji, disindir..dek kelewatan kelahiran kali ini. Betullah kata orang, biar lambat asal puas hati… Nak tahu kisah selanjutnya kelahiran lewat ni?..
tekan tajuk di bawah yer…

Ya.. itulah kelahiran baby baru, Inersia, majalah sekolah mama yang ke-3!!!. Inersia sepatutnya lahir pada bulan Oktober, 2012, tetapi dek macam2 kesilapan dan masalah, kelahirannya terlewat hampir setengah tahun dan hari ini, tanggal 20 Mac 2012, Inersia selamat dilahirkan dengan sempurna. Tahniah buat sidang redaksi 2011. Walupun 1001 macam kejian yang dilempar, namun anggap je semua tu sebagai asam garam dalam mematangkan kerjaya kita. Sekarang giliran mama pula, agak2nya berapa bulan mama ‘mengandungkan’ adik Inersia ke-3?.. Rasa2nya baby Inersia ke-4 lahir tahun ni, atau tahun depan?… Berjaya ke mama?.. doa2kan yer… insyaallah,… ni yang mama tolak ke tepi blog ni, nak tumpu perhatian terhadap ‘kandungan’ mama… he hee..
Baby betul x da, Baby Inersia 2012 pun x pa ler…
Published with Blogger-droid v2.0.4