Jaclyn vs Anuar Zain
Abah kata sedap… mama kata tak sedap la.. abah kata ok, mama kata tak ok.. lagi ok kalau buat macam biasa, tapi abah kata yang baru tu yang best,.. Sesekali kita perlukan perubahan kata abah. Mama kata, kalau nak berubah pun janganlah drastik sangat, baik2 sedap jadi tak sedap pulak. Setiap hari, mama dengan abah berbeza pendapat, dan akhirnya kami sama2 tak berasa puas. Masing2 suka cara masing2, masing2 tak mahu langsung terima cara orang lain… Pada mama abah kena terima pendapat mama, dan pada abah sebaliknya.. Jadi macam mana titik kepuasan dapat dicipta? Macam mana nak rasa puas, kalau masing2 bertekak nak menegakkan benang yang basah? Sambung lagi tau, klik pada tajuk di bawah..

Sebenarnya, mama kata Anuar Zain tetap the best menyanyikan Sedetik Lebih, abah pulak kata Jaclyn Victor.

Entah apa yang best, lagunya ke orangnya? Gerammm nieh.. Mama akur dengan pendirian Anuar Zain tidak mahu masuk bertanding. Tapi, sebagai penyanyi asal, dia perlulah bertanggungjawab. Dia sebenarnya dah ‘ikat kontrak’ dengan Edri, lepas je terima lagu tu. Mana boleh lagu sedap mahu, lagu famous nak, terkenal mahu, tapi bila lagu nak dipertandingkan dia lepas tangan. Mama geram sebab pada mama Anuar Zain ada auranya bila menyanyikan lagu tu. Lagi pun lagu tu adalah lagu lelaki, kalau perempuan yang bawak tentu rasa janggal. Bila mama dengar Jaclyn bawakan lagu, memang sedap tapi tak asli, tak mersik, x menikam kalbu sebab suara Jaclyn tinggi dan nyaring, suara Anuar pulak ‘suara lelaki’. Kalau mengaji, orang kata Jaclyn ni macam melanggar tajwid dan harakat bacaan, macam tu jugak lagu Sedetik Lebih ni, macam melodinya diubah disesuaikan dengan ‘suara perempuan’… Betulke ada perbezaan antara Sedetik Lebih versi Anuar dan versi Jaclyn?…

Published with Blogger-droid v2.0.2