Orang Islam tak ajar macam ni dik.. takut2 nanti orang yang nak sokong, jadi mual kerana sikap melampau macam ni.. kita kalau benci orang pun jangan sampai membelakangkan agama..
 
 Mereka adik2 sebangsaku..
Kepetahan berbicara tidak disalur ke jalan yang betul ni dik..

Mak pesan, study rajin2 lulus nanti boleh bantu keluarga. Mama rasa semua ibu akan pesan lebih kurang macam tu masa anak2 cium tangan terakhir sebelum ibu dan ahli keluarga meninggalkan pagar kampus. Semangat berkobar2 sbg freshie rupa2nya tidak ke mana. Bila mama tengok gambar demo mansuh ptptn ni hati mama sedih sebab mama juga ibu macam ibu Adam Adli and the gang yang rata2 orang Melayu. Setiap ibu bukan harapkan balasan, tapi cuma inginkan kejayaan anak2 mereka. Rasa mama setiap ibu berdoa macam tu. Mama dapat bayangkan jika Adam Adli tu anak mama, betapa mama mengalirkan air mata sedih teramat sangat sebab Adam yg dr sebesar ibu jari dikendong, kini apabila besar sanggup memusnahkan masa hadapan. Betul jadi pemimpin dan berkorban demi ideologi tu baik tetapi perlu le ikut saluran yg betul. Buat adik Adam dan mahasiswa yang lain, mama rasa jika habiskan pengajian dengan keputusan terbaik dan jadi seseorang yg ‘besar’..mama rasa suara Adam dan rakan2 lebih didengari berbanding jika seperti anjing menyalak bukit yg adik2 lakukan sekarang.

Setiap kejayaan tu harus dibayar dengan pengorbanan dik, dan tiada jalan singkat untuk berjaya. Kalau adik2 ‘mengamuk’ macam ni, Dato’ Najib dengar ke?Malah adik2 kena buang dr u lagi…  Kalau mama tengok ketua2 demo tu semuanya anak Melayu, betapa ruginya korang. Dah le profesional lelaki Melayu kurang, yg bakal nak ada, kena buang pulak! Kalau adik2 ada ijazah..jd orang besar, menang pilihanraya..nak mansuh ptptn ke, nak bagi percuma semua benda ke boleh punya dik.. syaratnya kena habis belajar dulu bukan demo sana sini.. Khas buat Adam Adli, habiskan study dan menang PRU ke-15 nanti..insyaalah PTPTN mansuh time tu..

Published with Blogger-droid v2.0.4