Sama cantik sama padan
Memang patut Irma Hasmie tersenyum lebar, alhamdulillah
Sebenarnya, ada hikmah kegagalan Irma Hasmie untuk berkahwin dengan artis popular tanah air, Farid Kamil sehingga dia didakwa bergaduh dengan Fasha Sanda dan Pelawak Nabil. Kegagalan ini pastinya amat pahit untuk ditelan oleh Irma Hasmie, apatah lagi gadis secantik dan semanis ini hanya bertemu jodoh sejatinya apabila usia menjangkau 30 tahun. Tentu banyak kisah lama yang tidak mungkin untuk diingati oleh Irma. Penghijrahannya kepada penampilan terkini juga mungkin merupakan tempias daripada rentetan peristiwa sedih tersebut. Malah Irma tampak jauh lebih manis kini berbanding penampilannya dahulu.
Hikmah Irma Hasmie gagal berkahwin dengan kedua-dua bekas pujaan hatinya itu ialah dia dipertemukan dengan pasangannya yang sah pada 29 Jun 2012 ini ketika sama-sama menunaikan umrah. Baca kisah selanjutnya di mStar online. Tentu sahaja walaupun bukan percintaan pertamanya, namun inilah cinta utama Irma.
Amat bertuah Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31 kerana berjaya memiliki Irma Hasmie,30 sebagai suri hatinya.  Pada mama, kedua-duanya sama padan dan sama cantik. Semoga pernikahan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan mereka dikurniakan dengan permata hati yang bakal menyerikan ikatan perkahwinan suci.
Cuma satu pada pendapat mama, walaupun ‘cik abang’ tidak sepopular cinta pertama Irma dahulu, namun mama berharap agar Irma melupakan kisah pedih lama tu. Buka buku baru bersama ‘cik abang’ kerana dialah insan paling mulia dan paling bertanggungjawab kerana telah sudi menjadi suami yang sah. Betul tak?